snowflakes

Translate

snow

Blogger Tips and Tricks

Saturday 18 January 2014

Laporan Kursus Kepimpinan Kelab/Persatuan/Badan Beruniform/Sukan Permainan

Assalamualaikum w.b.t


LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN KELAB/PERSATUAN/BADAN BERUNIFORM/SUKAN PERMAINAN


          Pada 18 Januari 2014, Sekolah Kebangsaan Tuanku Lailatul Shahreen telah mengadakan kursus kepimpinan kelab/ persatuan/ badan beruniform/sukan permainan yang bertempat di dewan sekolah. Kursus ini bermula pada jam 8.30 pagi dan dirasmikan oleh pengetua, Puan Hayazi Binti Abdullah. Seramai 110 orang pelajar yang terlibat dalam kursus ini.

         Kemudian, kami diberi taklimat oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Rosnani Binti Khalid. Selepas sedikit kudapan, kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diarahkan pergi ke makmal komputer untuk menghasilkan blog manakala kumpulan kedua pula berada di dalam dewan untuk menghasilkan logo.

          Kursus ini di akhiri dengan penyampaian hadiah bagi kategori penghasilan logo. Tempat pertama telah disandang oleh Badan Beruniform Puteri Islam. Kelab tersebut telah mendapat hamper dan sijil penyertaan. Begitu juga semua peserta yang terlibat dalam kursus ini telah menerima sijil penyertaan. Semua peserta bergambar bersama guru dan dibenarkan bersurai pada jam 2.30 petang.


Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment